MamiDediPreneur
October 15, 2018

5 Kriteria Memilih Vitamin dan Supplemen terbaik untuk Kesihatan Diri.

kriteria memilih vitamin, vitamin terbaik, bagaimana nak beli vitamin

Hajat di hati nak membeli vitamin, tetapi vitamin macammanakah yang perlu dibeli?

kriteria memilih vitamin, vitamin terbaik, bagaimana nak beli vitamin
Lambakan jenis vitamin yang ada, bagaimanakah nak memilih yang terbaik untuk kesihatan diri?

5 Kriteria Memilih Vitamin dan Supplemen terbaik untuk Kesihatan Diri.

Pengguna di Malaysia kini semakin bijak untuk mencari vitamin dan makanan tambahan untuk membantu badan sentiasa sihat dan cergas.

Apa kriteria pengamal vitamin untuk mencari vitamin terbaik buat mereka?

1.Bertanya pada pihak yang pakar dengan bidang kesihatan.

Biasanya kita akan dapat mengetahui apakah masalah kesihatan kita dari doktor setelah membuat pemeriksaan kesihatan.

Daripada perbincangan tersebut, kita boleh bertanya kepada doktor apakah masalah dan kekurangan nutrisi yang kita hadapi.

Selain itu, kita juga boleh berjumpa pakar nutrisi untuk mengenalpasti vitamin apakah yang perlu kita ambil untuk permasalahan kesihatan kita tadi.

2. Ambilkira rekod kesihatan dan penyakit yang pernah dihadapi.

Jika anda pernah mempunyai masalah kesihatan seperti SLE sebagai contoh, berbincanglah dengan pihak doktor mengenai vitamin dan makanan tambahan apakah yang boleh diambil atau perlu dielakkan untuk memastikan tidak berlakunya sebarang implikasi terhadap kesihatan diri.

3. Pilihlah vitamin yang berkualiti dan diyakini.

Vitamin yang berkualiti dan diyakini mempunyai banyak kajian saintifik yang telah dilakukan ke atasnya.

Buat rujukan mengenai jenis vitamin tersebut dan lihatlah pada pengeluaran vitamin tersebut adakah mempunyai latarbelakang yang kukuh dari segi pembuatan dan kajian yang diyakini secara profesional.

Pilih vitamin yang mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu berdasarkan barcode mahupun nombor siri yang tertera pada botol vitamin tersebut.

4. Cari sumber vitamin yang selamat, iaitu dari sumber semulajadi.

Ada banyak jenis vitamin. Vitamin semulajadi, mahupun vitamin sintetik. Vitamin semulajadi pun ada banyak pilihan, pilihlah yang betul betul diyakini pembuatannya, latarbelakang yang kukuh bersama kajian saintifik agar iainya memberi kesan yang selamat terhadap badan kita.

Elakkan dari memilih vitamin atau makanan tambahan yang mengandungi pewarna tambahan dan kandungan tinggi gulanya

5. Pilih vitamin yang merangkumi nutrisi yang penuh dan lengkap.

Jika anda kurang pasti apakah kekurangan nutrisi atau vitamin yang anda perlukan, pilihlah vitamin yang bernutrisi lengkap dan luas. Contohnya multivitamin.

Selamat memilih vitamin yang terbaik ya! Jangan tersalah pilih, dari kurang masalah, bertambah pula masalah lain akibat tersalah pilih vitamin yang tersangat banyak di pasaran.

Hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.


Pengedar Shaklee Kajang, Pengedar Vivix Kajang, wahm, ibu malaysia, blogger

Ainul Malik

Whatsapp : 016-3353567

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *