MamiDediPreneur
August 14, 2018

Cara Paling Mudah Tapi Praktikal Untuk Konsisten Berbisnes

Ramai yang mengadu pada saya, susah betul untuk konsisten berbisnes.

Masalah utama menurut 80% pandangan dari borang kaji selidik group bisnes saya bulan Ogos 2017 (tuddiaaa kena isi borang, ha ginilah kalau nak semuanya bukan cakap cakap angin sahaja) masalahnya datang dari FOKUS dan susah untuk konsisten. Betul tak? Yang jawab ni mesti tengah tersengih kan?

Bagi sayalah kan, keduanya berkait rapat.

Dan saya nak kongsi dengan semua bagaimanakah cara yang paling mudah tapi sangat praktikal untuk atasi masalah “fokus” dan “susah untuk konsisten” ni.

Cara Fokus bisnes, gandakan duit, jana duit, buat duit
Anggun bergaya chef chef ini semua

Cuba lihat gambar dia atas.

Dan cuba bayangkan kita sendiri yang bangun pagi, sarungkan uniform chef ini dan pakai topi chef ini, terus pergi masuk ke dapur.

Apa yang anda rasa?

Berbanding dengan pagi pagi, pakai baju rumah, terus masuk dapur. Santai je kan?

Selalu ke berkelakuan sebegini? hihi

Bila dah santai, beginilah. Ikut suka kita lah nak buat apa di dapur tu. Campak campak terus jadi lauk. Ha, tu lah magik yang selalu saya buat di rumah. Mak mak di luar sana pun sama macam saya, kan? Baik mengaku hihi.

Jika dibandingkan kita memaki baju dan topi chef dengan berada di rumah, sudah pastilah suasana nya berbeza, kan.

Bila kita pakai pakaian khas atau pakaian seragam, dan terus pakai topi khas, perasaannya tu jadi lain. Boleh bayang tak?

Polis ada topi polis.

Jurutera ada topinya.

Jadi, bisnes ada topi ke? Peliknya!

Cara fokus bisnes, berjaya bisnes
Rahsia Bisnes yang ramai pandang remeh, tapi sekali buat terus menjadi

Bisnes ni tiada topi khas.

Tapi jadilah kreatif. Cuba bayangkan anda ada topi khas bisnes anda sendiri.

Bangun pagi, buatlah rutin biasa, mandi, solat dan semasa bersiap siap di waktu pagi tu, pandanglah cermin, buatlah imaginasi yang anda sedang memegang topi bisnes anda dan bayangkan yang anda pakai topi tu.

Bila kita buat bayangan sebegini, satu perasaan dan semangat luar biasa akan timbul, dan automatik bermacam macam idea akan keluar nanti.

Terus pegang pen atau pensel, tulis dalam buku nota, hari ni nak buat apa, apa target hari ini dan segala idea yang terlintas seharian terus tulis dalam buku nota. Idea spontan ini yang akan membawa kita ke gerbang kejayaan, insyaallah. Asalkan tulis, tulis dan tulis.

Bila dah pakai topi bisnes ni, satu perasaan tanggungjawab akan hadir. Alah, macam chef yang pakai topinya dan polis yang pakai topi polis. Bila dah pakai, takkan tak buat kerja, kan?

Begitulah analoginya.

Takpayahlah saya bercakap panjang-panjang, cuba dulu dan rasa keajaibannya.

Rahsia besar dah terbongkar.

Semoga berjaya untuk fokus dan konsisten mulai hari ini.

 

Pengedar Shaklee Kajang, Pengedar Vivix Kajang, wahm, ibu malaysia, blogger

Ikhlas dari Ainul Malik

Hubungi saya, di wasap.my/60163353567

Jemput komen di entry saya ini, adakah bermanfaat membantu kawan kawan untuk lebih fokus dan konsisten sepanjang hari dan seterusnya sukses dalam bisnes ni.

27 thoughts on “Cara Paling Mudah Tapi Praktikal Untuk Konsisten Berbisnes

  1. Betul la, bila dah pkai topi kita akan terus rasa tanggungjawab dgn kerja kita. Naj buat lah jgk supaya komitmen tu sentiasa di tahap maximum

  2. Changing cap. Ikut warna hari pun boleh kan? Contohnya Isnin kita bayangkan kita sarung topi putih, selasa topi warna pink, rabu topi warna biru, khamis topi warna oren, jumaat topi warna hijau, sabtu topi warna merah dan ahad topi warna hitam. Kenapa warna warni? Setiap hari ada aura tersendiri 😊

  3. Betul. Contohnya kalau kita dah siap2 pakai baju kemas2 nak ke pejabat, rasa semangat nak buat kerja.

    Rasa macam lepas ni kena siap awal2 mcm nak keluar bekerja. Kena praktikkan semula rutin dulu2 masa bekerja. Barulah terasa bekerja dan bukan kerja main2.

  4. Terpana sebentar.
    Mmmm…mmg betul apa yg di cadangkan tu. Sebab kebanyakan kami ni ofis adalah kat rumah sendiri.

    Lepas ni kena tanam semangat bercantik-cantik di rumah sendiri sebelum memulakan tugas.

    Tengkyu atas tips yang berharga ini 😍.

  5. Betullah neni.

    Baru Asy terfikir, beza masak dengan topi dan masak sebagai ister/ibu.

    Lain tanggungjawab. Bila dah ada topi, kita akan rasa everything need to be detail. Sebab itu amanah kita.

    Terima kaeih neni.

    Baru nak sarung topi

  6. MEMANG terbaik tips…moga2 kakina akan kuat tabah macam ainul juga …
    In sha allah dengan tips yang diberi dapat memberikan manafat pada kakina…juga shbt yang lain..
    PENULISAN dalam blog kena perbaiki lagi nanti…cari idea2 yang kebaboom…

  7. betul sangat ni neni.. ila perasan kadang2 ila memulakan hari tanpa memakai apa2 topi. lepas ni, bangun je terus pakai topi yang sepatutnya. thank you atas ingatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *