MamiDediPreneur
October 15, 2018

Pengalaman menghadiri Seminar Magnet Diri Mega 2017

Alhamdulillah. Syukur.

Hari ini penuh dan padat dengan ilmu. Terima kasih kepada dua sifu ini, memang bolehlah dipanggil sifu kerana merekalah cikgu untuk Seminar Magnet Diri Mega 2017, Tuan Amin Idris dan Tuan Faizal Ismail.

Amin Idris mengingatkan,

“Dalam sehari wanita akan bercakap sekurang-kurangnya 7000 patah perkataan manakala lelaki sekurang-kurangnya 3000 patah perkataan
.
Komunikasi berlaku setiap hari, termasuk komunikasi dengan diri sendiri dan juga orang-orang disekeliling kita”

Ha, komunikasi memang berlaku bila bila masa sahaja. Jika ada kesalahan dalam komunikasi, akan berlaku sedikit kecalaran dalam perhubungan atau berlaku ketidaksefahaman antara individu yang terlibat.

Bagi saya, kita memang sangat perlu menajamkan skill dalam berkomunikasi terutama dalam bidang Bisnes dan Kerjaya ni .

Inilah faktor utama saya sertai Seminar yang sangat berinformatif ini.

Inilah teman Profesional yang bersama sama dengan saya dalam Seminar ini. Seorang ahli akademik dan bos yang komited dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar dan rakan rakan seperjuangannya demi menaiktaraf mutu kerjaya mereka.

Lihatlah barisan jemputan pada malam Seminar tersebut. Semua nama-nama yang hebat yang hadir berkongsi aura dan semangat bersama peserta Seminar

Dr Tengku Asmadi, Motivator, Presiden Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia

Heliza Helmi, Penyanyi, Pengacara & Pelakon

Adam John, Usahawan & Pengumpul Starwars

Azlia Idha, Perunding Konsultan Imej Professional

Syaari Abd Rahman, Penulis, Panelis Rancangan TV

Puan Mary Anni, Master Trainer Akademi Perunding Imej Profesional

Badrul Sani, Master Trainer AMPAC, Penulis

Puan Hasniza, Pengarah Ekskutif Ana Edar Sdn Bhd

Nurul Azwin, Jurusolek dan Usahawan

Mohd Faiz Zakaria, Usahawan Borong China

Ustaz Khairil Anuar, Kaunselor IJN

Aliza Kim, Pendakwah, Bekas Ratu Cantik Miss Teen USA

Semua nama-nama hebat dan gah di persada ekonomi negara. Juga video video khas dari Prof Dr Muhaya, Irfan Khairi dan Neelofa.

Masyaallah. Meremang sangat semua pesanan dari mereka yang hebat ni!

Sempat saya merakam memori bersama Tuan Faizal Ismail yang turut memberi inspirasi berharga buat hadirin yang bersemangat mengutip semangatnya.

Nampak perjalanan bekas deejay radio tersohor ini licin saja kan, tanpa kita tahu perit jerihnya untuk naik.

Perkongsian Get Out FBI sangat member inspirasi kepada seluruh isi dewan ini.

Penting untuk kita menambahnilai ilmu dalam diri selalu supaya kita dapat memperbaiki kelemahan yang ada.

Semoga ilmu yang dicurah, dapat saya manfaatkan ke jalan yang betul dan berkongsi pula pada anak didik bisnes saya selepas ini.

So, lets fly higher!

Masuk rekod ceklist September : Kelas Personal Skill done. Syukur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *