MamiDediPreneur
August 14, 2018

Personal Coaching September 2017 di Balok, Kuantan Berjaya

Sujud Syukur!

Janjitemu dah lama diatur. Kali ni syukur alhamdulillah personal coaching bisnes saya bersama teammate bisnes saya yang berada di Balok, Kuantan kali ini berjaya.

Balok kami datang. Sumber Google

Saya memang berdoa agar kali ni usaha sampai berjaya jugak.

Tak sangka aturan Allah tu Maha Cantik.

Kita pun tak terfikir untuk berancangan sebegini.

Kebetulan, sekolah si sulung diumumkan bercuti dari Isnin hingga Khamis sempena UPSR 2017.

Kebetulan, pada hari Ahad, saya menuntut ilmu Skill Bisnes dalam Seminar Magnet Diri Mega 2017 anjuran Amin Idris bersama Faizal Ismail yang melibatkan waktu yang panjang dari pagi hingga ke malam.

Ha, jadinya, hari Isnin 11 September merupakan hari cuti ganti saya bersama keluarga tercinta. Punyalah gembira anak anak saya dapat tahu kami akan bercuti dari Isnin hingga Rabu tu! Encik suami lah yang minta buat kejutan, jangan diceritakan awal pada anak-anak. Memang mereka tersangat suka!

Makanya outstation team mamidedipreneur kali ini memang didedikasikan khas buat anak-anak, iaitu anak anak kandung dan anak bisnes. Termasuk jalan jalan cari makan kami. Wah, 3in1 gitu.

Untuk personal coaching bisnes tersebut, selama 6 jam telah kami gunakan dengan semaksimanya sebab bukan senang nak berjumpa dengan Bisnes Leader Pantai Timur saya ni, Puan Suhaila atau nama glamournya CikSu, pemilik ilhamfamilysihat.blogspot.com dan anggurmerah.com.

CikSu juga merupakan salah seorang Cikgu Blog Akademi Blog iReach team Smartlicious Family. Bagi orang orang Pantai Timur yang nak belajar online bisnes melalui blog boleh belajar ilmu online ni sampai lebam dengan beliau 🙂

Macam macam topik telah kami sentuh, bersama strategi bisnes untuk perkembangan bisnes empayar CikSu.

Saya memang gemarkan personal coaching ini sebab kita boleh berbincang hati ke hati, selain dapat fokus terus kepada masalah yang dihadapi dan menumpukan sepenuh perhatian kepada tajuk tajuk permasalahan untuk teknik dan skill bisnes yang diperlukan.

Puas hati kan Ciksu?

Saya doakan, bisnes Ciksu berkembang besar dan laju dan semoga berjaya mencapai target yang diidamkan mengikut perancangan.

Jumpa lagi Ciksu dan team di puncak kejayaan!

Salam sayang kejayaan;

Ainul Malik

016-3353567

Coaching Bisnes seluruh Malaysia

2 thoughts on “Personal Coaching September 2017 di Balok, Kuantan Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *