MamiDediPreneur
February 19, 2018

Kisah Kejayaan Wanita Yang Mengubah Sejarah Dunia

Tangan yang menghayun buaian bisa menggoncangkan dunia. Lumrahnya, wanita ni fitrahnya lebih kurang sama sahaja walau di mana saja asalnya dia.

Bermula dari kisah wanita pertama di dunia, Hawa, kepada Khadijah al-Khuwailid, Fatimah azzahra, Cleopatra, Elizabeth I, Queen Victoria, Eleanor Roosevelt, Florence Nightingale, Benazir Bhutto, Margeret Thatcher, dan ramai lagi, menunjukkan wanita ini sungguh istimewa.

Wanita ini juga hebat latarbelakngnya. Sila klik untuk bacaan lanjut

Nak baca tentang tokoh tokoh sejarahwan wanita dunia, boleh rujuk di sini : Woman who changed the world

Mereka ini lembut tapi kekuatannya bukan saja pada kudrat, tetapi dalaman mereka turut kuat membuatkan pelbagai sejarah dunia turut terukir oleh sumbangan mereka yang hebat ini.

Sengaja saya buka kisah pemenang pemenang anugerah Nobel Laureates yang turut dimenangi oleh kaum wanita. Anugerah Nobel adalah hadiah yang dianugerahkan kepada individu atau pertubuhan di atas jasanya dalam melakukan penyelidikan yang terulung, sumbangan kepada masyarakat atau penciptaan yang luar biasa untuk peringkat dunia. Rupa-rupanya, banyak betul penemuan yang pertama dalam dunia ini hasilnya dicipta oleh wanita.

Bermula dari tahun 1903, Anugerah Nobel ini menghargai wanita dengan menganugerahkan hadiah ini kepada Marie Skłodowska Curie dari negara Poland dengan sumbangannya dalam bidang Fizik.

Seramai 48 orang wanita telah mendapat anugerah tertinggi dunia ini sehingga ke tahun 2015, kerana tahun 2016 hingga 2017, tiada pemenang wanita untuk anugerah ini.

Rujukan :

Di antara tokoh tokoh wanita ini, saya sangat berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tokoh Nobel Lauretes tahun 2009, iaitu Dr Elizabeth Blackburn, dari bidang Fisiologi atau Perubatan.

Kenapa saya sangat berminat dengan beliau?

Bukanlah bermula dari saya mengenali beliau, tetapi ilmu yang beliau terokai itu adalah bidang yang saya ajar semasa saya bekerja dulu, iaitu ilmu Genetik. Wah, teringat pula kenangan dengan pelajar pelajar saya dulu, Program Degree Biomedical Science.

Jadi, bila melihatkan senarai pemenang Anugerah Nobel ini mengikut tahun dan kejayaan penemuaannya, itu yang membuatkan saya sangat sangat teruja.

Siapa Dr Elizabeth Blackburn?

Dr Elizabeth menerima Anugerah Nobel Lauretes melalui kajiaannya terhadap kromosom (unit genetik di dalam sel) yang dilindungi telomere bersama mekanisma nya dan enzim telomerase.

Oh, rupa-rupanya beliau juga sebenarnya salah seorang dari “Shaklee Scientific Advisory Board”. Beliau adalah antara barisan Penasihat yang penting untuk segala kajian saintifik Shaklee ini.

jurnals shaklee, kajian shaklee, kajian saintifik
Antara kajian saintifik yang dijalankan oleh syarikat Shaklee untuk memastikan produk yang dikeluarkan berkualiti dan selamat

Apakah kajian Dr Elizabeth Blackburn yang penting sehingga diiktiraf oleh seluruh dunia?

Beliau telah menemui satu enzim yang memainkan peranan penting dalam fungsi sel badan kita, seperti penuaan sel dan kanser.
.
Enzim itu adalah telomerase yang menghasilkan unit unit DNA yang mengandungi maklumat dalam badan kita ni.

Ini yang membuatkan kita berbeza antara satu sama lain, tau!

Unit unit DNA tadi, dipanggil sebagai kromosom, dilindungi oleh topi penghujung yang dipanggil Telomere.

Apa itu Telomere?

Menurut Wikipedia : A telomere is a region of repetitive nucleotide sequences at each end of a chromosome, which protects the end of the chromosome from deterioration or from fusion with neighboring chromosomes.

Telomere inilah yang memelihara keadaan genetik peribadi seseorang, yang juga berperanan dalam menentukan jangka hayat sesuatu sel. Jika topi penghujung kromosom rosak, unit DNA yang sentiasa membahagi dalam sel akan turut rosak, yang menjadi punca kepada datangnya penyakit kepada kesihatan seseorang.

Boleh tengok video penerangan beliau ni tau, beliau dah sebut, penyakit kronik manusia adalah diabetes (whaaaaa!), kanser mahupun yang berkenaan dengan salur darah-jantung iaitu kardivaskular.

http://www.shaklee.tv/elizabeth-blackburn-phd

Bagaimana Dr Blackburn dianugerahkan pingat Nobel ini?

Ia adalah di atas penemuan beliau bagaimana kromosom dilindungi oleh telomeres dan enzim telomerase tadi.
Beliau mendapati bahawa amalan gaya hidup sihat, senaman, pengambilan nutrisi yang bagus dan bagaimana kita mengurangkan stress boleh membantu memelihara telomerase kita .
Jadi, ia membantu dalam pemanjangan usia serta healthspan yang bermakna dalam kehidupan!

kajian shaklee

Sangat menginspirasikan, kan?

Saya mencari buku ini, The Telomere Effect, Nukilan Dr Elizabeth Blackburn

Setiap satu kejadian yang Allah ciptakan ada banyak keistimewaan yang belum habis diteroka oleh hamba-hambaNya.

Sebab itulah kita digalakkan untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya. Nak kaut semua memang tak bolehlah oleh keupayaan kita sebagai manusia ini, tapi masih sempat untuk kita belajar sedikit demi sedikit ilmu yang kita minati, kan?

Masing masing ada tanggungjawab di dunia ini, selain tanggungjawab utama kita kepada Tuhan.

Apakah pula sumbangan kita kepada masyarakat, negara atau dunia?

 

Saya yang terinspirasi,

Ainul Malik, 016-3353567

Pengedar Shaklee Kajang, Pengedar Vivix Kajang, wahm, ibu malaysia, blogger

Dari Pensyarah kepada Pengedar Vitamin Semulajadi. Bersama Vivix, supplement yang membantu ramai manusia untuk hidup sihat dengan melindungi sel sehingga ke peringkat DNA dan kromosomnya.

Berminat dengan ebook Berjaya Bisnes Online untuk Wanita? Klik tanpa malu ya!

Sharing is loving!

 

6 thoughts on “Kisah Kejayaan Wanita Yang Mengubah Sejarah Dunia

  1. Hati wanita jangan diuji..
    Jangan kata lembut tak kental…
    Setiap wanita berjaya dengan dorongan orang dibelakang ..tak kira lah suami..ayah…ataupon kelurga…
    Nak berjaya pasti boleh nak mewah kena lah kuat bekerja
    U can do why me canot…i can do it…

  2. Kagum dengan kehebatan kaum wanita dan bangga pulak rasanya tergolong dalam kalangan wanita. Terbukti sudah wanita juga mampu gegarkan dunia dalam pelbagai bidang dan pelbagai latar belakang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *