MamiDediPreneur
August 14, 2018

Rahsia Bina Bisnes Yang Menguntungkan Buat Wanita Berkerjaya

Sehari dua ni memang banyak kisah kisah menarik yang membuatkan hati saya sangat berbunga bunga.

Berbunga bunga hatiku. Hai, wanita dan kecantikan tak boleh nak lari, kan?

Kisah anak cucu yang dah mula berani untuk buat vlog. Tahniah Kaklin dan ahli ahli vlognya! Banyak tau tajuk tajuk best hasil dari vlog mereka ni. I’m enjoying it so much!

Kisah dua ibu mengandung yang masih kuat berusaha, walaupun seorang berjuang dengan alahan yang teruk, Mas, dan seorang lagi, Diana yang bakal meraikan kelahiran anak pada bulan yang sama tahun depan. Saya sendiri terkenangkan kisah kehamilan saya yang membawa  kegemilangan naik bertingkat tingkat dalam perniagaan ini sepanjang mengandungkan Amni (anak kedua saya), sewaktu masih bekerja dulu.

Kisah anak didik saya yang sangat gigih, walaupun alami cirit birit dan kurang sihat, tapi sangat gigih ke sana ke mari menjalankan tugas kerja harian dan kerja perniagaannya. Walaupun tak sempat langsung nak taip whatsapp, mudah saja, beliau terus telefon saya untuk update perkembangan bisnesnya. Itulah dia Wahidah yang kuat semangat. Apa bukti beliau berjaya? Beliau dah rebut insentif percutian Eksklusif naik CRUISE mewah November depan bersama leader leader bisnes yang lain, tau! Tahniah! Saya doakan Empayar AlFatehnya terus berkembang dengan laju bulan ini dan bulan bulan seterusnya.

Kisah seorang lagi anak didik saya, Riza yang makin rajin buat sharing ilmiah untuk empayarnya. Berani berkongsi rahsia di Live FB pagi tadi sehingga pecah empangan air mata. Link fb live Riza klik sini. Tahniah, saya doakan Riza, naik bersama 3 lapisan leader seiring secara besar besaran, sebagai tanda pengukuhan empayar DivaNuhaNajah yang stabil bersama Kak Am, Kak Jaya, Kak Sarimah dan lain lain.

Kisah Kaksu, cikgu blog yang berjaya mendapatkan aura close deal set vitamin premium yang besar melalui blognya. Semoga aura ini berterusan dan semakin berkembang dan diperturunkan buat semua anak didik KakSu juga. Tak sia sia rasanya saya turun ke Kuantan tempoh hari kan KakSu, ecewah. Semuanya datang dari Allah, kan. Saya mendoakan Kak Aniey, KakZam juga mendapat aura yang sama.

Oh ya, tahniah buat KakZam yang berjaya buat live sharing tadi kenapa beliau pilih bisnes Shaklee. Beliau ni dah berniaga macam macam tau, pasar malam lah, MLM lah, memang banyak pengalamannya. Kalau nak tengok perkongsiannya, boleh rujuk link ini  . Bravo! Inilah antara kekuatan untuk berjaya dalam bisnes iaitu berani dan rajin membuat perkongsian kepada mereka yang memerlukan.

Tahniah juga buat team team Akademi Smart yang gigih buat satu hari entri blog tanpa henti, khususnya buat Mira, Dila, Kaklong, Kak Aniey, Izan, Nida, Kak Sarimah, Shidah, KakSu dan lain lain lagi. Sejuk perut tengok perkembangan semua hari hari. Masing masing sangat sibuk tau, sibuk berkerja, sibuk berkeluarga, tapi berbekalkan semangat, semuanya dipermudahkan dengan izin Allah.

Begitu juga dengan ahli group Smarties Back on Tract yang aktif buat sharing facebook setiap hari, terutama Kak Sarinah, Asy, Kak SS, Ros, Hawa, Ieka, dan 34 ahli ahli yang lain berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman dan saling sokong menyokong antara satu sama lain. Saya enjoy sangat group ni, sebab selain melahirkan newbies bisnes pelapis baru, kami berkongsi lawak jenaka, ilmu dan semuanya di sini.

Tak kurang juga perkembangan Fighters yang memberangsangkan hari ke hari. Group ini saya memberikan sepenuhnya kebebasan kepada mereka untuk berkreatif dan mengembangkan bisnes mengikut cara sendiri kerana mereka dah berpengalaman menguruskan perniagaan, tinggal saja untuk polish kemahiran, berkongsi idea dan kepakaran, insyaallah kesemuanya boleh naik dengan laju sekali,

Masyaallah. Sujud syukur. Betapa banyaknya kesyukuran yang boleh dicatat dalam jurnal kesyukuran untuk satu hari ini sahaja, termasuklah respon respons pelanggan yang berbalas mesej sepanjang hari ini termasuklah prospek yang bertanyakan tentang vitamin.

Perkembangan kejayaan anak cucu Smartlicious Famili. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Hai, panjang betul intro nya. Inilah dia wanita, dah teringat satu, ingat satu lagi, berkait kait. Yang penting, inilah antara yang membuatkan saya tersenyum panjang hari hari.

Kekuatan pembangunan bisnes adalah hubungan silaturahim yang erat antara satu sama lain, yang saling sokong menyokong antara satu sama lain. Ya, ini point pertama, hubungan akrab sesama seller, menjamin kejayaan yang gemilang. Pelik? Tidaklah, ia berjaya dididik dalam group bisnes saya.

Kami berkongsi rasa, supaya sesuatu perasaan terpendam dapat ditukar kepada satu rasa yang sangat halus, iaitu perasaan positif yang boleh membina diri untuk menjadi lebih berjaya.

Yang kedua, saling sokong menyokong antara satu sama lain. Walaupun kami menjalankan perniagaan yang sama, tapi kami berjaya membina jaringan bisnes kami sendiri, mempunyai pelanggan yang tersendiri dan mempunyai kawasan jajahan kami sendiri.

Yang ketiga, bisnes yang fleksibel dan automated, yang boleh dilakukan bila bila masa sahaja, di mana saja kita berada. Tak kiralah, waktu berkerja, waktu bercuti, waktu balik kampung, waktu bershopping, semuanya boleh dilakukan tanpa perlu switch off mode kerja lain pada waktu itu.

Sebab, saya juga memulakan perniagaan sewaktu saya sendiri bekerja. Saya tahu betapa sibuknya wanita bekerja menguruskan rumah, menguruskan suami, menguruskan anak anak, nak menguruskan diri sendiri lagi?

Dengan workload yang perlu diselesaikan, saya mampu untuk handle kesemuanya termasuklah urusan perniagaan ini.

Keluar rumah awal pagi, balik rumah Maghrib. Uruskan makan minum anak anak, siapkan persiapan untuk esok. Ha, bila pula waktunya untuk berniaga?

Inilah rahsianya bisnes Shaklee saya sekarang. Syukur, saya sangat bergembira dan bertambah tambah enjoy menjalankan perniagaan tanpa rasa stress pun, kerana saya buat benda yang saya enjoy.

Semua orang perlu menghadapi perjalanan dan cabaran untuk naik dengan lebih berjaya. Inilah struggle yang perlu dilalui. Tetapi mampukah anda untuk melalui rutin yang sama sahaja setiap hari tanpa ada sebarang penambahan duit gaji selama bertahun tahun kita bekerja?

Bak kata orang, biarlah pengorbanan itu terbalas dengan wang ringgit yang dapat kita berikan semula pulangannya itu kembali kepada mak, ayah, anak anak, suami tercinta dan juga untuk diri sendiri juga.

Memang kita bekerja dengan ikhlas hati, tapi apalah salahnya dengan menambahbaik kualiti perkembangan keluarga, kita juga dapat menambah baik pendapatan yang sepatutnya dilunaskan untuk kesihatan, kebajikan, pembesaran anak anak yang kita lahirkan?

Ya, inilah bisnes yang para wanita berkerjaya perlukan sekarang ini. Di tahap zaman ekonomi dan kejatuhan wang ringgit yang rendah (terasa sangat seksa tau nak beli barang di Jepun tempoh hari, begitu juga kembara ke Thailand saya baru baru ini, terasa sangat jatuhnya nilai matawang negara kita! sedih!) Bagaimanakah untuk kita meneruskan kelangsungan hidup pada masa sekarang.

Duit yang berbaki digunakan untuk belanja isi rumah dan keperluan. Itupun cukup cukup untuk dijimat-jimatkan. Bagaimana pula untuk simpanan tabungan?

Sambil tulis entri rasa hati ni, saya tengok Bajet 2018 ni. Sambil menunggu yang khas untuk kita 😀

Saya sangat bersyukur kerana pada masa saya bekerja dulu, saya buat bisnes ini untuk menambahkan tabungan minyak kereta pergi ke kerja, menambahbaik perbelanjaan kesihatan anak anak, syukur rupanya saya dapat menyimpan untuk lebih lagi sehingga mampu memiliki rumah sendiri dengan wang tambahan bisnes ini.

Syukur juga di kala saya memang dah berhenti kerja ini, selain dari gaji tetap yang saya sentiasa dapat setiap tengah bulan, saya juga mendapat bonus khas untuk kereta milik saya setiap bulan tanpa gagal.

Apakah lagi yang wanita berkerjaya perlukan?

Ya, masa bersama anak anak semakin dapat ditingkatkan. Syukur untuk anak ketiga ini saya dapat meluangkan 100% penuh perhatian kepadanya sehingga menjadi anak yang paling banyak menerima kasih sayang sejak sedari dilahirkan lagi.

Dapatlah kali ini saya memberi sepenuh perhatian buat anak sulung saya, cek kerja sekolahnya, memberi tumpuan ketika beliau nak menghadapi peperiksaan sekolah. Walaupun kita tak memaksa anak anak stage ini untuk stress bergelumang dengan silibus, tetapi biarlah kita boleh tukar minatnya kepada cintakan ilmu yang guru guru dah sampaikan dan up to date dengan perkembangan ilmu zaman serba canggih ini. Nombor peperiksaan itu bukanlah sesuatu yang patut dikejar, tetapi perasaan anak anak bila pulang ke rumah sambil menunjukkan kertas peperiksaan yang telah ditanda itu, “lain macam” rasanya. Ya Allah, susah nak luahkannya!

Dapat lihat anak anak membesar depan mata. Walaupun anak anak hanya tengok TV Astro Ceria, dapat dicungkil minat anak kedua saya melalui program ceria iStar, iaitu beliau sangat sangat suka “bercerita dan membuat persembahan syarahan”. Haruslah saya memandang berat minatnya ini untuk diperluaskan lagi seiring dengan usianya yang muda itu. Selain dari suka membaca dan melukis di waktu lapangnya.

Manis, kan?

Ya, saya faham jiwa wanita berkerjaya.

Jika ada masa, ada peluang, ada mentor, ada group support dan mendapat imbuhan yang tinggi, siapalah yang tak mahu lepas kan peluang berniaga sebegini, kan?

Tinggal lagi develop skill cara berniaga. Oh, itu boleh digilap. Saya juga punya banyak teknik teknik rahsia untuk maju ke hadapan dalam bisnes ini yang memang sangat boleh diaplikasikan oleh wanita wanita bekerja sekaliannya.

Mahu belajar cara berniaga yang berkesan semasa masih bekerja?

Mahu menambah pendapatan sampingan untuk memenuhi kehendak dan keperluan keluarga masa kini?

Mahu cari time freedom dan financial freedom yang sangat diidam idamkan oleh kesemua wanita?

Saya ada rahsianya dan sentiasa bersedia membantu anda yang sangat cekal dan rajin berusaha untuk berjaya.

Hubungilah saya terus di whatsapp 016-3353567 , senang untuk kita berkongsi rasa.

9 thoughts on “Rahsia Bina Bisnes Yang Menguntungkan Buat Wanita Berkerjaya

  1. Allahu..terharu baca..bersyukur dapat bertemu dengan group smarties back on tract dan akademi smart..banyak sangat ilmu yg diperolehi..terima kasih neni ainul atas ilmunya..yelah start join group ni baru berani nak buat blog walaupun zero pasal blog..tapi sokongan kawan2 dalam group ni buatkan saya semangat..semoga kita semua berjaya dan capai apa yang kita impikan..😍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *