MamiDediPreneur
October 15, 2018

Bagaimana nak tambah duit poket di tengah bulan?

Salam pertengahan bulan 🙂 Apa kabar semuanya?

Alhamdulillah syukur kerana kita masih lagi dapat bertukar tukar idea dan disihatkan tubuh badan pada hari ini.

Cumanya, bila berada di tengah bulan ni, rasanya agak kering poket. Ada juga yang reply tadi, “agak sempit”

Biasalah, dah sampai 10haribulan setiap bulan, mulalah badan ni seram sejuklah, tak sihat lah, motor pancit lah, naik jerawatlah, iskkk, macam macam hal lah kan.

Masa ni hanya Tuhan yang tahu rasa hatiku!

Bermulalah permulaan minggu untuk ikat perut dan bersahabat baik dengan maggi ye tak? Nasiblah, maggi tu sedap bersama perisanya *aduhai, botak kepala.

Satu persatu kita lalui dengan tabah.

Tapi, terfikirkah kita bagaimana cara dan jalan untuk menambahkan duit poket setiap bulan?

Ya, saya memang ada cara untuk dikongsikan bersama anda yang membaca artikel ini dan tersemat di hati saya, doa agar cara ini realistik dapat membantu  anda tambah duit poket di tengah bulan.

Pernah tak anda dengar jaminan tentang sistem pembayaran bonus di sesuatu  tempat kerja?

Pernah tak anda berhadapan dengan syarikat tempat kerja yang gagal memberi bonus dan gaji kepada pekerjanya?

Pernah tak anda dengar tentang jaminan buat bisnes tapi pasti akan dapat bonus yang berkadaran dengan usaha penjualannya?

Eh, ini bukan kisah MLM yang pasang pasang kaki tu, kalau tak buat penjualan pun tak apa, asal ada beberapa bilangan orang di bawahnya, bonus tétap ber jalan.

No, no, no! Kalau yang itu saya yang mohon undur diri secepat mungkin kerana saya tak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti yang makan duit orang saat kita goyang kaki semata mata. Subahat riba tu namanya, takut!

Saya nak cerita ada satu syarikat ni yang patenkan sistem pembayaran bonusnya kepada penjual penjual yang bersedia memasarkan produk yang dijamin kualitinya.

Paten untuk sistem pembayaran dari sebuah syarikat. Syarikat kerja anda sanggup buat permohonan paten ini supaya sistemnya tidak boleh ditiru oleh syarikat lain?

Rujukan : Patent US8732012 – Automated commission programs – Google Patents

Ada dua point yang saya nak highlight kan di sini :

  1. Syarikat ini mengambil jalan selamat untuk memastikan pemasar produknya sentiasa mendapat bonus pada setiap bulan tanpa GAGAL.
  2. Syarikat ini mengeluarkan produk supplement yang berkualiti dan ada jaminan selamat terhadap kesihatan melalui kajian makmal yang sentiasa diperbaharui penyelidikannya setiap tahun.

Dua persoalan utama yang menjadi kriteria pemilihan kita yang tak perlu langsung dirisaukan lagi adalah :

  1. syarikat ini adalah syarikat yang gah di dunia dan tidak perlu dipersoalkan lagi tentang kestabilannya.

Apakah nama syarikat ini? Shaklee. ya, pernah dengar Shaklee? Sebuah syarikat yang memperjuangkan keharmonian kesihatan dan alam sekitar. Ia telah wujud sejak 60 tahun yang lalu dan terus gah walaupun syarikat lain tenggelam timbul naik dan turun dalam pasaran dunia.

2. Produknya tidak perlu dipertikaikan lagi dan satu dunia mengetahui tentang kualiti barangannya. Shaklee mengeluarkan vitamin, supplement dan produk kecantikan serta kesihatan yang berasaskan bahan semulajadi yang diyakini selamet dan berkesan nutuk bertindak dalam badan.

Rasa lega kan hati bila jumpa dengan produk yang diyakini seperti ini 😀

Jadi, yang tinggal adalah, usaha kita sebagai pengedar produk, vitamin supplement Shaklee yang berdikari, yang dipanggil sebagai “pengedar bebas Shaklee”.

Mengapa bebas?

Kerana ia tidak mengamalkan konsep orang tengah dan stokis. Kesemua barangannya dapat sampai terus dari pengeluar kepada pengedar tanpa sekatan.

Sebanyak mana yang mampu dijual oleh pengedar, sebanyak itulah juga stok barang yang boleh didapatkan secara terus dari pengeluar untuk penjualannya.

Dari situlah bonus pengedar dikira, mengikut hasil usaha.

Dan antara yang dipatenkan adalah,

  • Bonus pengedar akan diberikan pada setiap pertengahan bulan tanpa gagal, secara infinity. Pay for infinity. Kerja kuat, besarlah bonusnya.

To be clear;

  • Kalau tiada penjualan, tiadalah bonusnya. Hei hei, kalau nak bonus yang masuk sambil goyang goyang kaki, jangan join sistem patuh syariah ini. Carilah sistem bisnes lain yang lebih mudah ye. Tapi hati hatilah dengan keberkatan rezeki anda tu ya, oh lupa, itu tanggungan peribadi masing masing. Maaf.

Saya dah cuba, dan ternyata saya dapat bantu keluarga saya menambah pendapatan kami setiap bulan.

Yang penting, di pertengahan bulan.

Asalnya, saya nak tambah duit mintak pergi kerja je setiap bulan.

Dah berkerjaya profesional, mula lah ada keinginan nak tambah koleksi tudung kerana sebagai pensyarah, saya perlu berhadapan dengan pelajar yang up to date setiap hari. Aduhai.

Kemudian, terasa nak belanja anak anak makan sedap pula, selain suami yang belanjakan hari hari.

Kemudian, bertambah pula dapat tambah duit untuk pembiayaan kereta saya.

Kemudian, dapat pula tampung tampung duit pembelian rumah.

Eh, dapat pula tambahkan tabungan untuk pendidikan anak anak.

Makin lama, dapat pula ditaja merasa percutian mewah di dalam dan luar negara.

Sampai satu masa, dapat pula merasa membawa ahli keluarga kesayangan menunaikan umrah demi menunaikan hasrat rindu pada lambaian Kaabah bersama mak, abah, mertua dan suami serta anak anak.

Tahun ke tahun dapatlah belanja anak anak tersayang makan angin ke tempat tempat yang kami teringin nak pergi.

Dan sekarang, timbul hasrat hati nak fokus pada tahap kesihatan ahli keluarga, supaya kami dapat menjalani kehidupan yang bahagia. Kami fokus untuk membina keluarga yang utuh yang mementingkan masa berkualiti bersama anak anak setiap hari, jadi saya pilón untuk menjadi work at home mother dan suami juga berani mengambil tindakan yang sama, bekerja dari rumah sekarang ini. Ya Allah, lindungi kami.

Azam saya adalah nak merasa financial freedom dan time freedom yang berkualiti.

Jom mula dari tambah duit poket hingga tambah duit tabungan untuk membina keluarga yang harmoni

Masyaallah, semua nya hasil dari keinginan nak tambah duit poket sendiri di tengah bulan.

Puan Lin Chalo, adalah anak bisnes saya yang sangat proaktif. Lihatlah pengalaman sebenar rasa hati kami bila dapat tahu anak didik kami berusaha sebegini. Kami ni memang jarang expose bonus kami, tapi niat beliau mahu inspirasikan kawan kawannya yang buat Shaklee ni dan buktinya memang boleh tambah duit poket tengah bulan. Sharing is loving!

Kalau nak cuba tambah duit poket tengah bulan untuk elak rasa kekeringan di zaman ekonomi turun naik ni, hubungi saya cepat cepat, ya! Masa itu emas!

Saya sudi bimbing anda untuk tambah duit poket di tengah bulan;

Ainul Malik

WhatsApp je 016-3353567

Pengedar Bebas Shaklee Kajang

Mentor Bisnes Anda

2 thoughts on “Bagaimana nak tambah duit poket di tengah bulan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *