MamiDediPreneur
May 25, 2018

Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan

1.Kenapa nak buat bisnes online?

Ha, anda kena menjawab dulu soalan saya yang pertama ini.

2. Adakah bisnes online ni hanyalah sebagai bisnes sampingan atau bakal menjadi kerjaya utama dalam hidup kita selepas ini?

Soalan ini pun perlu ada untuk kita sendiri tetapkan sejauh mana nak pergi untuk hala tuju bisnes kita ini.

3. Nak go with the flow?

Buat jelah dulu, nanti baru tahu prestasi dan kita go with the flow saja lah.

Oh, cara ini boleh dik, tapi lambat untuk berjaya. Sebab tu kena jawab dulu soalan nombor 2 di atas ini, baru boleh tetapkan jawapan untuk soalan ketiga.

 

Cukup dulu dengan tiga persoalan di atas, membantu tak anda di luar sana untuk fikir, “apa sebenarnya aku nak buat dengan bisnes online ini?”

 

Bagaimana cara nak mula buat bisnes online ini?

  1. Buat pilihan untuk tetapkan bisnes online apakah yang kita nak buat
  2. Pastikan produk yang dipilih adalah jenis yang menguntungkan
  3. Dapatkan mentor untuk bantu kita
  4. Pastikan sistem yang digunakan adalah sistem yang betul, halal, patuh syariah
  5. Pilih platform online yang ingin diceburi, samada blog, facebook, instagram, whatsapp, wechat dan sebagainya

Bila dah namanya bisnes, jangan lupa kena sediakan bahan untuk dijual dan perlulah dipasarkan dengan sebaiknya.

Jadi, itulah kekuatan kita untuk memilih barangan apa yang kita rasa boleh untuk dijual dan mendapat sambutan setiap masa.

Pengalaman kami bina bisnes online yang menguntungkan.

Star Achiever 2013, pertama kali dapat hadiah kunci kereta, macam nak menangis, kan? Masa ini saya masih bekerja.

Lebih senang untuk saya share pengalaman kami, kerana ia lebih dekat di hati untuk dikongsi.

Pengalaman membina bisnes online yang kami lalui bermula pada tahun 2012, di mana saya telah bercadang untuk memulakan bisnes secara serius.

Pada masa ini, saya masih lagi bekerja sepenuh masa.

Dan, saya pilih juga buat bisnes ini sepenuh masa dan pandai pandailah membahagikan masa dengan sebaiknya.

Pemilihan produk untuk bisnes online

Saya memilih untuk memasarkan produk vitamin semulajadi kerana saya tertarik dengan pendekatan membantu badan lebih sihat dengan vitamin semulajadi.

2014, saya benar benar yakin produk Vitamin Semulajadi yang saya kongsikan dengan kawan kawan adalah yang terbaik!

Sebabnya, sebelum saya bekerja, saya menyambung ijazah sarjana kedua di dalam bidang sains dari Fakulti Farmasi.

Kiranya sedikit sebanyak membantu untuk lebih memahami dan belajar mengenai apakah sebenarnya kepentingan vitamin semulajadi kepada badan seseorang untuk menjadi lebih sihat.

Lagipun, ia tidak melibatkan stok produk yang rosak.

Dan, sebenarnya, saya memulakan bisnes ni dengan tidak membeli sebarang stok, pun!

Saya bermula dengan menggunakan vitamin semulajadi ini untuk bantu penyusuan saya untuk anak yang pertama.

Seterusnya, hasil dari penggunaan dan pengambilan vitamin ini, saya kongsikan keberkesanannya kepada kawan kawan.

Dan, ya, permintaan terhadap vitamin sebenarnya adalah sangat tinggi setiap tahun.

Vitamin sangat diperlukan oleh badan untuk hidup lebih sihat.

Ia bukanlah sesuatu kehendak yang trending kerana setiap masa, manusia terdedah kepada kesakitan.

Rupanya saya sangat enjoy menikmati vitamin semulajadi ini dan keberkesanannya turut menjentik kawan kawan di sekeliling kita untuk dapat kesan yang sama!

Bila perkongsian ini mendapat tempat di hati ora ng sekeliling, ia bertukar menjadi satu terapi untuk diri saya kerana kita buat sesuatu kerja dengan perasaan rela dan suka, dan yang paling best, dapat duit tambahan.

Ya, inilah permulaan saya dalam membina kedai online saya, sihatceriabahagia.com.

Cara Menguruskan Bisnes Online Supaya Mendapat Keuntungan

Yang saya sangat sangat suka dengan bisnes ini, saya mendapat Mentor Mentor yang berpengalaman dan berilmu tinggi.

Saya juga banyak mendalami ilmu vitamin supaya saya dapat memberikan servis konsultasi terbaik buat pelanggan pelanggan saya.

Ya, ianya sangat menguntungkan sebab saya dapat menjimatkan banyak masa untuk memulakan bisnes, tanpa perlu set up sistem sendiri, tanpa perlu membuat penyelidikan khas membangunkan prosuk sendiri kerana produk yang saya pilih ini sentiasa menjalani kajian klinikal setiap tahun bagi memastikan kualiti dan keberkesanannya.

Keuntungan berlipat kali ganda kerana kita tak perlu mengeluarkan modal sendiri yang pada kebiasaannya memerlukan modal yang sangat besar untuk dilaburkan.

Saya juga mempunyai kumpulan sokongan yang saya sangat akui, ini menjadi salah satu perkara wajib ada dalam membuat bisnes kerana kita sebagai manusia memang sangat memerlukan sokongan setiap hari. Jika kita membuat bisnes sendiri, kita hanya bergerak sendiri, terpaksa mencari kumpulan sokongan yang dibina atas kepercayaan sendiri dan ianya melibatkan masa dan tenaga tambahan.

iReach Family, group sokongan bisnes yang mantap

 

Alhamdulillah, saya masih lagi seronok berada dalam dunia bisnes online ini sehingga sekarang kerana ia membantu saya menambahkan duit pendapatan harian untuk keperluan kami sekeluarga.

Jika anda perlukan bimbingan dari saya, insyaallah saya sedia membantu memberi bimbingan. Usaha itu terletak pada tangan sendiri dan kita tambahkan dengan input input yang sepatutnya ada untuk menjayakan bisnes online yang kita bangunkan ini.

Semoga entri perkongsian saya memberi idea dan bermanfaat buat anda yang ingin berjaya dalam bisnes online ini.

Jadi, dah tahu apakah yang penting dari entry ini?

Bagaimana cara nak mula buat bisnes online ini?

  1. Buat pilihan untuk tetapkan bisnes online apakah yang kita nak buat

  2. Pastikan produk yang dipilih adalah jenis yang menguntungkan

  3. Dapatkan mentor untuk bantu kita

  4. Pastikan sistem yang digunakan adalah sistem yang betul, halal, patuh syariah

  5. Pilih platform online yang ingin diceburi, samada blog, facebook, instagram, whatsapp, wechat dan sebagainya

 

Semoga membantu!

 

4 thoughts on “Cara Buat Bisnes Online Yang Menguntungkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *