MamiDediPreneur
October 15, 2018

11 Salah Faham Bekerja Dari Rumah Yang Buatkan Orang Anggap Ia Tiada Masa Depan dan Kurang Maju

Anda berminat bekerja dari rumah?

Adakah anda sedang melakukan pekerjaan dari rumah tetapi terasa seperti tenggelam timbul, di awang awangan dan tiada hala tuju?

Alhamdulillah, hari ini Allah beri idea pada saya untuk berkongsi pengalaman, buah fikiran dan cara untuk mengatasi banyak masalah salah faham yang timbul pada golongan kita yang bekerja dari rumah ini. Harapnya, moga release sikitlah bebanan yang ditanggung dengan mempraktikkan apa yang saya cadangkan ini, ya?

idea ofis di rumah, soho, work at home mom
Ambil mood dulu. Saya suka idea penulis ini yang letakkan meja ofis tepi dapur, macam kedudukan ofis kedua saya di rumah. Cara, kan?

(Rujukan idea susunatur di atas saya ambil dari sini)

Bismillah.

Salah Faham Bekerja Dari Rumah Yang Buatkan Kita Down Dan Rasa Tiada Masa Depan

Salah faham pertama adalah,

1) Kita sendiri yang declare kita tidak bekerja

Ooops. Ya, ini sensitif. Saya masa mula mula wahm (work at home mother) dulu pun, saya malu sangat nak mengaku bekerja dari rumah.

Sebab apa? Rasa kurang yakin nak bagitau terms tu?

Rasa tiada masa depan?

Rasa orang akan dengar pelik? Ha, kerja dari rumah?

Sudahnya, kita pun mengaku lah,

“Saya tak bekerja. Senang nak jaga anak di rumah”

“Saya surirumah”

Hamboi, padahal dalam rumah tu kita aje yang tau bagaimana kita bertungkus lumus bersilat nak buat kerja bisnes dan kerja rumah.

Separuh nyawa bersusaha, tapi asyik tak ada apa apa hasil.

Kita jadi blur. Ditambah penat badan yang amat.

Kita terlupa yang sebenarnya kita ni dah declare pada orang sekeliling yang kita tidak bekerja.

Ingat, segalanya bermula dari niat, kan? Mulut dan minda tak selari, sebab tu lah bercelaru.

Jadi, jujurlah pada diri sendiri. Jawab soalan “Kerja apa?” dengan ikhlas dan jujur, “ohh, saya bekerja sendiri dari rumah”

 

Salah faham kedua,

2) Kita takut menghadapi soalan maut, “Eh, penat belajar tinggi tinggi, last last tak bekerja?”

Betul lah tu, orang tanya elok elok, kita jawab kita tak bekerja, menghadaplah soalan soalan pelik seperti di atas tu.

Ini memang sangat sangat biasa berlaku. Kalau salah faham ini datang dari jiran tetangga tak apa lagi, paling kurang pun, dah masuk pintu rumah, kita boleh fokus pada apa yang kita buat ni.

Tapi, yang paling pedih adalah, salah faham ini datang dari orang yang terdekat dengan kita, terutama ibu bapa, pakcik makcik, kakak abang dan orang yang ambil berat tentang kita.

Masalah ini berpunca dari tindakan kita yang awal tadi, kita declare kita tak bekerja. Ini mendatangkan perasaan pelik yang normal pada pandangan orang lain, kenapa kita nak duduk rumah goyang kaki saja?

Ok, apa yang perlu anda buat adalah, sediakan diri dengan jawapan jawapan yang membina yang boleh kita jelaskan dengan terang dan nyata bahawa, kita hanya menukar tempat kerja dari ofis ke rumah kerana…….. Eh, isilah tempat kosong tu, sebab masing masing ada niat dan tujuan sendiri, kan? Takkan template jawapan, guna jawapan “niat” saya pulak, kan *oh gurau je. hihi

Terangkan, yang saya ni masih bekerja. Saya jana pendapatan sendiri sekarang, bukan lagi dengan menyertai company yang dulu, sebab saya yakin untuk buat bisnes sendiri sekarang, dengan keadaan keluarga yang semakin besar. Lebih mudah untuk uruskan keluarga dan sebagainya.

Ha, jelaskan elok elok dengan nada suara yang lembut, hormat dan meyakinkan.

Bukannya kita dengar je soalan tu, kita sendiri yang emo dan naik angin. Aishh, sebab tu lah boleh berlaku salah faham kecil dan sebagainya, kan?

Tengok, kalau kita dah bersedia awal, semuanya boleh dikawal, kan?

Pendapat orang, ikut dia lah nak fikir apa. Yang penting, adakah kita dah jelaskan dengan betul betul terang apa yang kita buat sekarang?

(Kunci mulut? Half half? Tak apa, fikir, tanya selera dan ambil masa ikut perkiraan kita).

 

Salah faham ketiga,

3) Tidak sediakan tempat untuk buat kerja dengan baik

Macammana lah nak yakinkan orang terdekat sekali, terutamanya, suami (bagi wahm) atau isteri (bagi wahd) kalau kita tak berusaha pun nak sediakan tempat bekerja yang agak proper untuk kita buat kerja ni?

Paling tidak pun, bila mak ayah datang ke rumah, mereka boleh nampak, oh, ok ada satu meja dan satu kerusi untuk kita bekerja.

Ya, memanglah kita sekarang ni senang nak buat bisnes online dengan telefon. Sekurang kurangnya dengan adanya meja tulis tu, kita ada ruang untuk bekerja dengan fokus.

Tapi ingat, bila kita decide nak buat bisnes bekerja dari rumah, kita dah kena bertanggungjawab pada diri sendiri untuk buat kerja dari rumah ini dengan serius.

Eh, terpulanglah pula pada kehendak masing masing sama ada nak jana pendapatan ni secara sampingan atau betul betul nak jadikan ia sebagai pendapatan utama untuk keperluan isi rumah, kan?

 

Salah faham keempat,

4) Tidak simpan sebarang database

Buat bisnes online tanpa laptop, perjalanannya masih boleh lancar lagi. Tetapi, buat bisnes online tanpa database itu satu kesalahan terbesar yang boleh membuatkan perjalanan bisnes menjadi semakin menurun.

Tak kisahlah, perniagaan apa yang anda buat, sekurang kurangnya maklumat pembeli dan prospek sepatutnya ada.

Penyimpanan maklumat atau database ini menjadi aset terpenting dan nyawa kerja kita sebenarnya.

Itulah gunanya juga mesti ada tempat kerja di rumah, walaupun sekecil ruang untuk satu meja kecil tadi, bolehlah disimpan segala fail yang ada resit, dan juga maklumat maklumat peribadi yang berkaitan dengan kerja yang kita jalankan ini.

Bila disemak semula segala fail dan database ini, barulah kita dapat buat analisa yang tepat perjalanan kerja/bisnes kita ini secara rasminya.

Kalau setahun bisnes dari rumah, rupanya tiada database, boleh kah dikesan/track apa yang kita usahakan selama ini?

 

Salah faham kelima,

5) Tidak menguruskan perbelanjaan dengan betul.

Asingkan perbelanjaan peribadi dan perniagaan dengan mewujudkan dua akaun yang berbeza. Alah, kerja di rumah je pun, tak perlu lah buat sampai dua akaun ni, menyusahkan aje. Ha, tu dia. Paling kurang pun, wujudkan akaun semasa untuk segala perbelanjaan untung rugi perniagaan ini, jangan dicampur dengan akaun simpanan.

Rekodkan perbelanjaan masuk dan keluar serta aliran kewangan dengan seteliti mungkin agar boleh dibuat bajet belanjawan perniagaan dan isi rumah setiap bulan.

Ini juga boleh dijadikan database dan rekod supaya sebarang kemerosotan atau keuntungan dapat dikesan dengan segera.

Buat tabungan khas untuk keperluan keperluan utama seperti belanja dapur, kesihatan, pendidikan dan bil bil lain supaya kita boleh menguruskan belanja dengan baik dari awal bulan sehinggalah ke akhir bulan.

 

Salah faham keenam,

6) Tidak mempunyai jadual waktu yang teratur

Yelah, dah namanya bekerja dari rumah, suka hati kita lah nak susun masa kerja macam mana, kan?

Kita pun terbuai dengan momokan “Time Freedom” padahal untuk mengaplikasikan kebebasan masa dalam kehidupan seharian kita, kita seharusnya sudah ada penanda aras kejayaan untuk kita kejar.

Bekerja dari rumah, memang ada kebebasan masa (mengikut telahan masing masing) tetapi haruslah disertai dengan matlamat dan disiplin diri bagi mereka yang masih ingin mengejar kejayaan yang ditargetkan.

Urus masa dengan bertanggungjawab.

Buat jadual waktu agar setiap ruang masa terisi dengan bermanfaat.

Hati kena cekal kalau nak bekerja di rumah.

Pastikan tiada kerja yang tergendala atau tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kurangkan aktiviti yang boleh membuatkan kita lalai dan leka.

Hanya gunakan “privilege time freedom” bila ada kecemasan seperti anak sakit, ibu bapa datang, ada urusan bank yang perlu difokuskan dan segala urusan urusan rasmi yang lain. Istimewanya kita yang bekerja di rumah adalah, kita tak perlu lah nak memohon cuti untuk kes kes kecemasan sebegini. Best, kan?

Untuk masa yang tiada kecemasan, jangan pula dilayan tidur petang lah, bershopping suka hati lah dan sebagainya. Pandai pandai susun, ok.

 

Salah faham ketujuh,

7) Buat kerja tanpa kpi

Ya ampun. Ini satu lagi kesalahan nyata yang selalu menjadi salah faham mereka yang bekerja dari rumah.

Mentang mentanglah anda boss, semua kerja tiada kpi.

Kenapa perlu kpi? Barulah kita bersemangat nak menyiapkan kerja dengan teratur.

Kalau tidak, kita akan buat sambil lewa dan masa banyak dibazirkan begitu saja.

Rugi. Sangat rugi.

 

Salah faham kelapan,

8) Terlalu fokus pada rumah

Ha, ini cabarannya kalau tidak buat jadual kerja, tiada kpi dan tiada target.

Tanpa kita sedar, kita dah mengabaikan kerja yang sepatutnya menjadi sumber pendapatan kita tadi dan terlalu fokus dengan rumah.

Contohnya, tiada langsung ruang waktu untuk kita buat kerja seperti menjana pendapatan tadi dalam 24 jam sehari hari. Kita jadi terbuai dengan kehidupan di rumah, lupa pada meja kerja kita dan sampai ke sudah asyik rasa selagi kerja rumah tidak disiapkan, selagi itulah kita perlu berehat dari pekerjaan utama kita tadi.

Bila datang mood mengemas, seharian kemas rumah, terbawa bawa sehingga ke seminggu lamanya.

Bila mood memasak datang, amboi, dalam sehari lebih 5 jam asyik luangkan di dapur saja.

Bila nak buat kerja mendobi dan melipat, sampai sanggup tangguhkan sehingga semua urusan ini selesai. Memang parah!

 

Salah faham kesembilan,

9) Kurang perbincangan/meeting seperti masa bekerja dulu

Bekerja dari rumah, nak berbincang dengan siapa? Oh, patutlah tak bergerak, sebab buat kerja sendiri, pahit manis simpan sendiri. Idea tak berkembang. Jadi, nak buat apa?

Berbincanglah sekurang kurangnya dengan pasangan masing masing.

Mesyuarat membantu kita untuk menambahkan idea, berbincang cara penyeselaian masalah dan sebagaimana. Inilah pentingnya mesyuarat, kita sentiada peka dengan perkembangan dan ‘keadaan semasa” bisnes yang kita usahakan sendiri ini.

 

Salah faham kesepuluh,

10) Tiada ruang masa untuk belajar seminar dan bengkel untuk peningkatan ilmu.

Jangan ingat kerja seorang diri ini tak perlu pergi seminar macam kita bekerja dulu dulu. Atau bagi yang tidak pernah ada pengalaman bekerja sebelum ini, golongan ini lagi lah perlu mencari satu saluran untuk mempertingkatkan kualiti ilmu di dada.

Rajin rajinlah cari kelas kelas ilmu yang boleh kita sertai. Ya, ia memerlukan kos. Namun, kos untuk masuk kelas ilmu ini termasuk dalam perbelanjaan untuk berjaya dalam perniagaan yang kita jalankan ini.

 

Salah faham ke sebelas,

11)Anggap diri berseorangan

Carilah kawan kawan untuk dijadikan sebagai group sokongan. Aura berpasukan itu penting kerana ia membantu menghilangkan rasa sedih, down dan kepenatan.

Bila seorang, beban yang ditanggung terasa sangat berat.

Jika kita berhadapan dengan sesuatu masalah bersama sama, segalanya pun jadi ringan, bukan?

Inilah pentingnya mencari komuniti yang sealiran dengan kita.

Saya pun ada komuniti saya sendiri. Jadi, segala masalah dapat dikongsi, ilmu dikembangkan dan idea dapat diperluaskan.

 

Gabungan kami WAHM & WAHD

 

Jadi, ingat sebelas point saya ini, mana yang boleh diperbaiki, cepat cepat lah berusaha perbetulkannya, ya?

1) Kita sendiri yang declare kita tidak bekerja

2) Kita takut menghadapi soalan maut, “Eh, penat belajar tinggi tinggi, last last tak bekerja?”

3) Tidak sediakan tempat untuk buat kerja dengan baik

4) Tidak simpan sebarang database

5) Tidak menguruskan perbelanjaan dengan betul.

6) Tidak mempunyai jadual waktu yang teratur

7) Buat kerja tanpa kpi

8) Terlalu fokus pada rumah

9) Kurang perbincangan/meeting seperti masa bekerja dulu

10) Tiada ruang masa untuk belajar seminar dan bengkel untuk peningkatan ilmu.

11)Anggap diri berseorangan

 

Point mana yang anda suka?

 

Insyaallah, selalu ingat Allah bersama kita. Tetapkan pendirian. Fokuskan target.

Jalan maju ke depan.

U can do it guys!

Yihaaa!

 

Jika berminat join Smartlicious Team untuk berjaya dalam bisnes online;

Hubungi :

Ainul Malik

016-3353567 Klik saja whatsapp ni ok

Saya akan layan anda dengan sebanyak banyaknya ilmu dengan mesra 🙂

1 thought on “11 Salah Faham Bekerja Dari Rumah Yang Buatkan Orang Anggap Ia Tiada Masa Depan dan Kurang Maju

  1. Banyak salah faham buat diri sendiri takut. Takut sendiri sampai langsung tak buat apa-apa. Terima kasih kongsi tips ini neni ainul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *