MamiDediPreneur
May 25, 2018

Tips Tulis Blog Sampai Close Sale Untuk Meningkatkan Penjualan Bisnes

Dah mencuba menulis blog untuk tambah duit poket?

Pelik? Eh, taklah. Ramai tau dah boleh jana sale hanya dengan menulis blog sahaja.

Ramai dah menulis sekarang ini. Tapi, nak menulis blog sampai close sale tu tak ramai yang boleh buat. Nak belajar tips dan cara menulis blog untuk buat bisnes?

Mari saya kongsikan beberapa tips untuk membantu anda menjana pendapatan dengan blog.

10 Tips Menulis Blog Untuk Close Sale

  1. Pastikan produk yang ingin dijual itu benar benar wujud
  2. Pastikan kita sendiri yang telah mencuba produk tersebut dan mendapat kesan positif darinya.
  3. Kenalpasti latarbelakang syarikat dan produk berkenaan.
  4. Tulis berdasarkan ilmu mengenai produk tersebut.
  5. Tulis berdasarkan testimonial sebenar produk tersebut.
  6. Gunakan gambar gambar anda yang original untuk diletakkan ke dalam entri blog tersebut.
  7. Tulis dari hati supaya sampai dan terkesan di hati pembaca
  8. Perkenalkan kawasan di mana anda berada di dalam entri blog berkenaan
  9. Pastikan anda kerap menulis posting di dalam blog tersebut setiap hari sekurang kurangnya dua bulan untuk permulaan menaikkan rating blog tersebut.
  10. Tajuk entri blog terus sampai di hati pembaca dan tidak melencong lencong membuatkan orang tertanya tanya apakah kaitan antara tajuk dengan isi penyampaian yang ingin disampaikan.

Ya, inilah tips tips yang mungkin remeh di mata anda, tetapi jika kita jaga betul betul tatacara menulis blog di atas, insyaallah, akan close sale.

Pada yang membaca tips ini, dan direzekikan dapat menjual produk yang diimpikan melalui blog, komenlah di sini, ya 🙂

Sebab itulah saya sangat sangat suka menulis blog untuk meningkatkan penjualan saya. Ya, kita bekerja di belakang tabir, tetapi permintaan pembelian adalah tinggi melalui blog, alhamdulillah.

Inilah demand namanya.

Pelanggan yang datang dari blog, adalah pelanggan yang spesifik yang memang betul ingin membeli barang yang kita cadangkan ini. Menarik, bukan?

Jika anda ingin belajar lebih mengenai penulisan blog sampai boleh convert sale, anda boleh belajar terus daripada saya. Saya akan ajar kalian tips tips yang lebih menarik lagi daripada tips di atas untuk menjual.

Jika anda betul betul berminat menulis blog dan seterusnya sampai boleh dapat menambahkan pendapatan harian dan bulanan, bolehlah hubungi saya ya.

Saya memang ingin menambahkan Apprentice di bawah Smart Academy, Group Bimbingan Saya di bawah kumpulan Smartliciousfamily untuk membimbing ahli ahli baru menjana pendapatan seperti yang anda sendiri impikan.

Hubungi saya, Ainul Malik, 016-3356567 whatsapp saja ye, insyaallah saya akan reply mesej anda dengan segera 😀 Klik www.wasap.my/60163353567

cikgu blog, belajar blog, bisnes online, jana pendapatan, convert sale, tips tambah duit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *