MamiDediPreneur
October 15, 2018

6 Cara Meningkatkan Penjualan Online Untuk Bertahan Lama dalam Perniagaan

Kenapa sekarang ramai pembeli suka membeli dari online?

Kuasa membeli di hujung jari sekarang.

Pembeli tidak perlu lagi start enjin, meredah perjalanan, mencari parking dan alasan yang paling mudah sekarang adalah, ramai yang tidak suka membawa cash yang banyak sekarang.

Pembeli juga suka membeli online kerana menjimatkan masa mereka!

Jadi, sebagai peniaga, bagaimanakah kita boleh meningkatkan penjualan online untuk kekal stabil dan lama?

1.Menyediakan Produk dan Servis Terbaik

Perhatian pembeli kali pertama untuk membeli produk atau servis dari kita adalah dari apa yang kita tawarkan kepada mereka.

Mereka akan mengulang beli apabila setelah kali pertama guna, mereka berpuas hati dengan produk mahupun servis yang ditawarkan.

Rahsianya, USP : Unique Selling Point

Barangan atau servis yang kita tawarkan perlulah ada keunikan yang membuatkan pelanggan

  1. jatuh hati
  2. setia untuk terus menggunakannya

Nah, betapa besarnya peranan USP produk dan servis kita tu, bukan?

Contohnya :

Jika anda seorang penjual tudung, tudung jenis apakah yang paling dicari pelanggan masakini?

Jika anda seorang guru home school bebas, apakah tawaran istimewa yang anda nak tawarkan kepada pelanggan anda?

 

2. Branding diri

Bagaimanakah kita mahu mengetengahkan diri kita sebagai penjual online yang lain dari peniaga lain di alam digital ini?

Disinilah pentingnya cara kita mengetengahkan diri kita sebagai seorang yang “benar” atau “real” di dunia online.

Tidak kira apakah medium online yang kita gunakan untuk penjualan barang atau servis ini, kita perlulah menyediakan satu ruangan untuk memperkenalkan diri atau letaklah gambar yang benar untuk meraih kepercayaan pelanggan.

Contohnya,

Jika anda seorang peniaga di dalam blog,

  1. sediakan ruangan “about me” untuk memperkenalkan diri
  2. Letaklah gambar yang meyakinkan
  3. Wujudkan posting posting yang menceritakan mengenai isu/cerita semasa/pengalaman sebagai posting santai selain berniaga

3. Kuasai ilmu copywriting

Copywriting adalag satu kaedah pengiklanan bertulis, bagaimana cara untuk menarik perhatian orang untuk menambahkan ilmu dan mendapatkan info berkaitan produk atau servis yang ditawarkan.

Teknik penulisan copywriting ada bermacam cara, sama ada secara santai, secara formal, mana mana cara boleh diaplikasikan, asalkan ia dapat memaku para pembaca untuk membuat belian daripada kita.

 

4. Kuasai teknik medium online

Ada pelbagai medium online sekarang ini, seperti e-commerce, facebook, instagram, whatsapp, email dan ebook.

Medium medium ini selalu mengalami perubahan, pastikan kita sentiasa upgrade ilmu ilmu menguasai teknik untuk setiap medium online ini.

 

5. Kuasai Teknik Close Sale

Sebenarnya bergantung kepada medium apa yang gunakan, cara close deal yang berkesan adalah mengikut bagaimana kita menyampaikan cara close deal yang berkesan kepada pengguna yang sedang bertanya tanya mengenai produk atau servis yang ditawarkan.

Point utama yang perlu dititikberatkan adalah :

  1. Memberi salam
  2. Mengucapkan terima kasih
  3. Penerangan produk secara detail
  4. Testimoni
  5. Kredibiliti
  6. Jaminan
  7. Cara bayaran
  8. Berikan bonus seperti freegift, diskaun atau seumpama yang menggembirakan hati pembeli

 

6. Follow Up

Peringkat ini sangat penting dan tidak boleh ditinggalkan oleh setiap peniaga online, samada close deal berjaya ataupun gagal, jangan lupa untuk buat follow up.

Sebagai pelanggan, mereka mempunyai hak untuk survey dan mencari produk yang terbaik, jadi proses Follow Up ini adalah proses “reminder” ataupun memastikan prospek yang mahu mendapatkan produk untuk membuat proses terakhir, iaitu pembelian.

 

Bagaimanakah untuk kita bersedia menghadapi arus permodenan dunia perniagaan digital masakini?

 

Jika anda berminat lebih lanjut untuk membuat perniagaan online bermentorkan saya, saya akan mendedahkan lebih banyak lagi rahsia meningkatkan penjualan, marketing dan ilmu teknikal serta membimbing anda sehingga berjaya.

 

Jumpa di whatsapp saya, ya! Klik www.wasap.my/60163353567

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *